Herbalife Diet: Hari ke 39

Gorenglah goreng, pangganglah panggang,
Masakan orang Malaysia sedap sekali

Macam tu lah lagu iklan minyak sawit dalam radio tu. Tambahan pulak dalam satu video ni ada Greyson lak mintak makanan Malaysia. Memang tak boleh blah la.


Tak banyak nak tulis untuk hari ni, cuma nak bagi tau masakan Malaysia memang Rocks la. Hahahahahah! 


Sebab masakan yang rocks la saya jadi macam ni. Bukan salah masakan. Tapi salah diri sendiri sebab makan tak ingat dunia. Kadang-kadang sampai tak ingat orang pun ada. Kucing mintak sikit pun tak layan.


Oleh itu sejak 39 hari yang lepas, saya dah mula ikut menu yang menggantikan dua hidangan sarapan pagi dan makan malam dengan diet herbalife. Pada awalnya saya gantikan ketiga-tiga menu harian tu, pagi, tengahari dan malam dengan herbalife sahaja. Tapi kini saya gantikan pagi dan malam sahaja. Tengahari layan sayur-sayuran dan makanan berprotein yang sihat.

Oleh itu, sarapan pagi saya hari ini ada 3 peringkat:

  1. Membersihkan usus dengan Herbalife Aloe Vera bercampur 400ml air.
  2. Menambahkan tenaga, meningkatkan metabolisme, mengurangkan selera makan, dan membuang toksin bersama Tea Mix dan 400ml air.
  3. Membekalkan nutrisi kepada tubuh badan dengan Shake Formula 1 3 scoop dan 500ml air.

Makan tengahari hari ni di Downtown KLIA Sepang Restoran Mawar Putih. Dulu bila sampai aje mesti Brader tu dah tau dah. teh tarik gelas besar sedap punya. Tapi sekarang dia pun teragak-agak nak bagi sebab sekarang makan sayur aje dengan air suam.

  • Sayur taugeh
  • Tauhu Sup
  • Ulam timun, kacang kelisa dan sambal belacan.
  • Air Suam

Malam pulak saya ulang apa yang saya minum pada pagi hari.

Minggu depan kalau ada budget nak order lagi. Formula 3 dah habis. Kalau boleh nak start ambik Omega 3 Fish Oil dan NW Formula.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...