Pages

Jangan Berputus asa


Ni la keje pakcik kalau ada masa lapang. pergi jalan-jalan dengan awek pakcik yang comel tu hujung minggu. Tak beli apa pun. Cuci mata tengok barang jer. Awek tu siapa. Jangan ingat pakcik curang ye. Awek tu isteri pakcik la. Bawak anak sekali. Takde la ada yang berani mengorat pakcik kan. Sebab ada wife kat sebelah. (cehhh... takde sapa la nak mengorat ko!!!)

Kita ni kena usaha kalau nak berjaya. Dan kalau selalu gagal atau kurang berjaya kita kena usaha lagi. Dan dalam masa yang sama kita perbaiki cara kita nak berusaha tu. Mana tau ada sebab kita kurang berjaya. Kalau diperbaiki mungkin akan lebih berjaya.

Mulut orang tu memang la tak boleh nak tutup. Pakai stapler ke atau selotape pon belum tentu boleh tutup. Berbunyi jugak kadang-kadang. Melainkan orang tu tengah tidur. Tapi kadang kalau nak mengata tu membawak ke mimpi jugak la kadang tu. Hahahahha... Mengigau pon kutuk orang. Apa daaa...

Pedulikan perkara yang negatif tu. Orang cakap kalau jenis yang tak henti bercakap kutuk2 ni jenis yang hmmmm... Malas nak sebut. Kalau kita dia maka orang macam ni akan rasa diri dia kurang bijak dan dia akan sakit hati. Maka kitalah akan menang.


Kalau orang tu penat berhentilah dia nak cakap. Kalau dia komen ke apa ke, ada ke dia bagi duit kat kita? Ada ke dia tolong masa kita susah? No!!!!

So, usaha tangga kejayaan dan sabar menuju kejayaan tu ada manis di garisan kemenangan itu.


No comments:

Post a Comment